Kesan guna Bio Essence Saturday, May 25, 2013 7 Comments Huh sebenarnya kan laptop hanah dah 2 bulan lebih rosak akibat dari proccesor laptop rosak .. Asal on lappy je mesti tak boleh lama dan tak boleh panas . Asal panas sikit je mula tiba tiba off . 'Gila tension'.. Dan mula mula ambil keputusan untuk biarkan je and beli baru tapi bila memikirkan laptop ni hadiah dari ayah . So rasa sayang sangat dan fikir punya fikir hanah ambil keputusan untuk hantar dekat kedai untuk repair . Alhamdulilah tak sampai 2 hari lappy ni pun sudah siap . Punya seronok sebab dapat blogwalking lagi macam selalu HAHA ..Eh bukan tu yang hanah nak cerita sebenarnya . Hanah nak cerita tentang kesan apabila guna Bio Essence .. Siapa yang tak tahu produk ini memang berjenama kan .. kalau nak cerita pasal harga ? tak payah cakap lah .Boleh tahan juga mahal nye . Boleh menangis bila tengok harga. Tapi kalau nak kulit yang cantik haruslah berkorban sikit kan haha .. Dan produk ni tersangat la bagus untuk dipakai dikalangan umur 20 tahun ke atas .. Boleh dikatakan peringkat dewasa lah ..
Yang atas tu adalah Bio Essence Tanaka White . Mesti yang tertanya tanya kan hanah pakai ni ke ? Sebenarnya tidak tapi kakak hanah yang memakai produk ini dan dia kata produk ini memberi kesan yang mendalam .. Produk ini juga mampu membuat kan kulit rasa gebu , lembut , bright dan fair , pori mengecik dan dikatakan juga mampu menghilangkan parut ...Bagi yang ingin mencuba apa kata beli untuk set trial punya dan tengok kesannya dalam beberapa minggu memang memuaskan
Dan dalam pack tu ada pencuci muka , toner moisturizer siang dan malam , double essence and facial sheet mask . Set trial ni boleh tahan dalam sebulan lah .. kecuali yang sheet mask tu hanya boleh pakai sekali sahaja..
Masa akak hanah memakai set trial bio essence ni dia kata sudah nampak kesan ke esokkan hari nye . Wah ? Ternyata cepat juga ye kesan produk ni . Hanah apa lagi punya lah teruja untuk beli produk ni . tapi disebabkan ibu kata tak sesuai sebab umur hanah pun baru 18 haha . So kena tunggu la lagi beberapa tahun untuk pakai produk ni . Tapi kalau nak kesan yang cepat kenalah pakai 1 set lengkap pencuci muka + toner + moisturizer ...
Kesannya parut akak hanah sudah hilang dan pori pori muka nye mengecut dan kulitnya terasa halus , lembut dan gebu .. Nak juga share dengan korang gambar akak hanah sebelum pakai produk tu dengan selepas nak buat testimoni la kononnya tapi tak sempat sebab dia dah kena balik sabah kerana belajar disana . Tapi apa pun nanti hanah akan tunjukkan gambar akak hanah sebelum dan selepas menggunakan bio essence ..
Memang tak dinafikan produk ini sangat berkesan dan bagus untuk dipakai . Okay tu je lah hanah nak share .. //Assalamualaikum
|
Farhanah! ![]() ![]() ![]() Chatbox! Ask.Fm! Thanks to! Past! |